Platter ini Nana bawa dari Keningau ke KL naik Belon
Cawan ini dari Emma, semua koleksi bunga yang pertama buatku
Akhirnya teko Alladin ini kepunyaanku. Thanks EmmaAnak-anak, suami dan rakan-rakan sedia maklum kegilaanku dengan pinggan lama. Di sekolah ada seorang rakan memberitahu dirumahnya banyak piring sedemikian lalu sebelum meninggalkan sekolah berpindah ke sekolah baru, Emma telah menghadiahkan banyak piring ,mangkuk ,cawan dan set cawan kepadaku. Terima kasih Emma. Terharunya kak Lina atas pemberian itu. Terima kasih daun keladi , kalau nak bagi, bolehlah bagi lagi.
Pada hari yang sama juga 22.1.10, Nana ,anakku pulang dari Sabah membawa platter bunga kangkong untukku. Walaupun ada bawa Ahmad yang masih kecil, namun diusahakan juga bawa platter tu kerana dia tau pasti Ibunya akan gembira dgn pemberiannya. Terima kasih Nana dan Kay.
Entry hari ini hanya akan memuatkan sedikit saja pemberian itu, yang lain nanti pada hari yang lain,sebab nanti hari lain takut tak ada modal. so Layan....
No comments:
Post a Comment